Suapan:
Kiriman
Komentar

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan ( KPDN KK ) merakamkan jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan di atas penglibatan sekolah tuan/puan dalam Anugerah Kelab Pengguna 2009, sempena Sambutan Hari Pengguna Malaysia 2009.

Tahniah diucapkan kepada semua  sekolah kerana berjaya terpilih hingga ke peringkat akhir dan mendapat Johan, Naib Johan,Tempat ke-3,Tempat ke-4 dan tempat ke-5 dan saguhati. Walaubagaimana pun ini adalah keputusan yang dibuat oleh panel Anugerah. Berikut adalah keputusan-keputusan bagi Projek Anugerah Kelab Pengguna Sekolah 2009;

JOHAN                          : SMK ALOR PASIR, TANAH MERAH, KELANTAN

NAIB JOHAN              : SMKA SIMPANG LIMA, SELANGOR

TEMPAT KE-3            : SMK BANDAR SUNGAI PETANI, KEDAH

TEMPAT KE-4            : SMKA(P) ALMASHOOR, PULAU PINANG

TEMPAT KE-5            : SMJK CHUNG LING, PULAU PINANG

JOHAN

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ALOR PASIR, TANAH MERAH, KELANTAN.

PROJEK- KEMPEN PENGGUNA LESTARI


1.0 Pendidikan

1.1 Ceramah

1.2 Edaran Pamplet

1.3 Papan Infomasi Pengguna Lestari

1.4 Kuiz

1.5 Edaran Penanda Buku: Pengguna Lestari

2.0 Khidmat Masyarakat .

2.1 Gotong –royong rumah warga tua,

2.2 Gotong –royong di sekolah.

2.3 Kempen Keluargaku Pengguna Lestari

2.4 Kempen Pengurangan Penggunaan Beg Plastik  di Pasar Tani

2.5 Kempen Membawa Air Minuman Sendiri Di Mana-Mana Destinasi

(sekolah, ketika balik Kampung, Shopping, jamuan dan lain-lain.)


3.0 Lakukan Sendiri:

3.1 Menanam sayur-sayuran di rumah .

3.2 Cipta Resipi Sihat Pengguna Lestari.


4.0 Kebudayaan :

4.1 Bacaan sajak alam Sekitar.

4.2 Dikir Barat Alam Sekitar.

Pengenalan

Projek Kepenggunaan Lestari bertujuan memberi kesedaran kepada pelajar,ibu bapa, masyarakat tentang peranan, hak dan tanggungjawab mereka terhadap pengekalan sumber alam yang membekalkan keperluan asas dan mengelakkan kepenggunaan sumber yang terbatas secara membazir.

Gambar Hari Pengguna Malaysia 2009, Kuantan, Pahang

khemah pameran SMK Alor Pasir, Tanah Merah, Kelantan

khemah pameran SMK Alor Pasir, Tanah Merah, Kelantan

Sebahagian daripada barang pameran projek Kelab Pengguna Sekolah

Sebahagian daripada barang pameran projek Kelab Pengguna Sekolah

Pameran berkaitan dengan panduan-panduan kepenggunaan serta buku

Pameran berkaitan dengan panduan-panduan kepenggunaan serta buku

Pamplet yang digunakan oleh Kelab Pengguna SMK Alor pasir untuk tujuan Kempen Kepenggunaan

Pamplet yang digunakan oleh Kelab Pengguna SMK Alor pasir untuk tujuan Kempen Kepenggunaan

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaacob

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaacob

Pelajar sedang memberi penerangan mengenai barang yang dipamerkan kepada Y.B Menteri

Pelajar sedang memberi penerangan mengenai barang yang dipamerkan kepada Y.B Menteri

Y.B Menteri sedang menyoal pelajar berkaitan dengan projek yang telah dilaksanakan

Y.B Menteri sedang menyoal pelajar berkaitan dengan projek yang telah dilaksanakan

NAIB JOHAN

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA SIMPANG LIMA, SELANGOR.

PROJEK- ALAM SEKITAR LESTARI DARI TANAH KEPADA TANAH

1. Kitar Semula surat khabar

2. Baja Kompos

Sesi bergambar bersama Y.B Menteri, Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaacob

Sesi bergambar bersama Y.B Menteri, Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaacob

Pengenalan

Ahli Kelab Pengguna Sekolah SMK Agama Simpang Lima, Selangor menjalankan projek ini bagi mengubah tabiat pelajar kepada “mesra bumi” bagi menyemai pada diri pelajar menjadi pengguna lestari.

Projek ini menggunakan surat khabar sebagai bahan asas untuk menjalankan dua projek iaitu Projek Kitar Semula Kertas dan Projek Baja Organik. Surat khabar dikutip setiap kelas oleh ahli kelab pengguna sekolah.

Projek Kitar semula kertas ini mengitar semula surat khabar yang dikumpul setiap kelas menjadi kertas saiz A4. Projek ini dibuat bagi mendidik pelajar supaya mengitar semula supaya ia menjadi  sesuatu yang bermanfaat kepada diri mereka sendiri dan alam sekitar.

Kertas yang dihasilkan melalui kitar semula ini dapat digunakan oleh setiap kelas. Hampas kertas surat khabar yang dikitar semula digunakan sebagai salah satu bahan yang dicampur dengan daun yang reput dan tanah yang mengandungi cacing untuk menghasilkan baja organik.

Gambar Hari Pengguna Malaysia 2009, Kuantan, Pahang.

Guru penasihat kelab pengguna sekolah menerima sijil daripada Y.B Menteri

Guru penasihat kelab pengguna sekolah menerima sijil daripada Y.B Menteri

Khemah Kelab Pengguna SMK AGAMA SIMPANG LIMA, Selangor

Khemah Kelab Pengguna SMK AGAMA SIMPANG LIMA, Selangor

Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan baja organik

Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan baja organik

TEMPAT KE-3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI PETANI, KEDAH.

PROJEK- PERTANIAN ALAMI

1. Projek Ternakan Cacing Untuk Kesuburan Tanah

2. Projek Membuat Baja Organik

Gambar bersama dengan Menteri KPDN&KK, Dato' Sri  Ismail Sabri bin Yaacob

Gambar bersama dengan Menteri KPDN&KK, Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaacob

Pengenalan

Kelab Pengguna SMK Sungai Petani telah diberikan kursus Penternakan cacing melalui bengkel khas bersama dengan Pegawai Pertanian, Pejabat Pertanian Bertam, Sebarang Perai Utara, Pulau Pinang.

Melalui bengkel ini ahli kelab pengguna sekolah ini didedahkan secara teori dan praktikal mengenai kaedah penternakan cacing menghasilkan baja organik secara komersil.

Projek ternakan cacing ini juga bertujuan untuk menghasilkan baja organik. Baja organik ini dijual kepada warga sekolah khasnya serta mengurangkan perbelanjaan pihak sekolah dalam membeli baja.

Selain itu setiap ahli kelab pengguna sekolah diberi sedikit baja organik bersama satu polibeg bertujuan untuk menanam satu pokok bunga supaya dapat disumbangkan kepada pihak sekolah bagi membantu kerja-kerja mengindahkan kawasan-kawasan sekolah.

Projek baja organik ini dijadikan satu projek yang boleh menambahkan sumber pendapatan Kelab pengguna sekolah untuk digunakan dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti kepenggunaan serta menarik minat ahli kelab pengguna untuk bergiat aktif dalam projek ini.

Gambar Hari Pengguna Malaysia 2009, Kuantan, Pahang.

Barisan Guru penasihat dan Pelajar menuju ke pentas untuk penyampaian hadiah dan sijil

Barisan Guru penasihat dan Pelajar menuju ke pentas untuk penyampaian hadiah dan sijil

Guru Penasihat Kelab Pengguna Sekolah menerima Hadiah dan siji daripada Menteri KPDN&KK, Y.B Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaacob

Guru Penasihat Kelab Pengguna Sekolah menerima Hadiah dan siji daripada Menteri KPDN&KK, Y.B Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaacob

Khemah Pameran SMK Sungai Petani, Kedah

Khemah Pameran Projek SMK Sungai Petani, Kedah

Contoh cacing yang digunakan dalam ternakan dan proses penghasilan baja organik

Contoh cacing yang digunakan dalam ternakan dan proses penghasilan baja organik

Sesi bergambar bersama Y.B Menteri semasa lawatan ke khemah sekolah

Sesi bergambar bersama Y.B Menteri semasa lawatan ke khemah sekolah

BIL .

NAMA SEKOLAH

NEGERI

1.

SMK ZAINAB (1)

KELANTAN

2.

SMK LA SALLE

SABAH

3.

SMK AGAMA SIMPANG LIMA

SELANGOR

4.

SMK SIMPANG EMPAT

PULAU PINANG

5.

SMK SRI MUDA

PULAU PINANG

6.

SMJK CHUNG LING

PULAU PINANG

7.

SMJK PEREMPUAN CHINA

PULAU PINANG

8.

SMKA(P) ALMASHOOR

PULAU PINANG

9.

SMK BAKTI

PULAU PINANG

10.

SMK DATO’ ZULKIFLI MUHAMMAD

PERAK

11.

SMK BANDAR SUNGAI PETANI

KEDAH

12.

SMJK HENG EE

PULAU PINANG

13.

SMK ABDUL RAHMAN TALIB

PAHANG

14.

SMK ST. THOMAS

SARAWAK

15.

SMK AGAMA MATANG

SARAWAK

16.

SMK SAINS TUANKU SYED PUTRA

PERLIS

17.

SMK SULTAN MANSOR SHAH

MELAKA

18.

SMK ALOR PASIR

KELANTAN

PERHATIAN

1. Sekolah yang sudah menghantar proposal projek boleh memulakan projek mengikut jadual yang telah

dibuat.

2. Sekolah yang belum menghantar no. akaun serta nama bank sila hantar melalui email atau telefon.

Email : cappenang@yahoo.com

No. Telefon : 04-8299511

3. Sekolah yang belum menghantar proposal sila hantar selewat-lewatnya 6 JULAI 2009 (Isnin).

Sila muat turun fail berikut untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai anugerah tersebut:-

1.Kriteria Anugerah Tebaru 2009

2.JADUAL PERLAKSANAAN PROGRAM ANUGERAH PENGGUNA KELAB

PENGGUNA

Sekiranya anda mempunyai kemusykilan mengenai hal anugerah tersebut, sila kemukakannya di alamat emel cappenang@yahoo.com

Logo

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.